Tuesday 16 August 2011

#4

Bismillah...

Hari ini saya tewas. Saya telah call si Lelaki pada pukul 8.30 pagi tadi. Kenapa? Saya rindu. Noktah.

Apa yang membuatkan saya rindu? Malam tadi selepas sembahyang maghrib, saya telah dikejutkan dengan satu pesanan ringkas. Dalam sms tersebut, si Lelaki menulis yang dia merindukan saya. Saya keliru.

Ya, saya menitiskan air mata dalam hati, saya sebak dan sedih kerana tak boleh pergi dekat dia dan beritahu dia yang saya pun merindui dia. Tapi, bila difikirkan semula, dia dah bersama dengan orang lain. MUNGKIN, mereka bergaduh dan menyebabkan dia tiba-tiba merindui saya. BANYAK KEMUNGKINAN. Saya takut nak memikirkan setiap satu kemungkinan yang ada, ya Allah, saya leah.

Tewasnya saya setelah selesai segalanya, saya memutuskan untuk menelefon si Lelaki, bertanya khabar dan sebagainya. Akhir sekali, ada saya bertanya "awak rindukan saya?" dan dia letak telefon. Saya sebak dan rasa bodoh. Marah dengan diri sendiri. Kenapa kau buat diri kau begini fiqa? 

Ya, saya menangis dan rindukan dia dan tidak, saya tidak akan berputus asa untuk melakukan cabaran ini. 






3 comments:

  1. yup!! akui yang mmg susah nak mlupakan cinta.. teruskan usaha!!=)

    ReplyDelete
  2. sbar bnyk2 akk , mmg sy ta pna rse mcm mne akk rse tp sy dpt bygkan klau sy at tmpat akk ..

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum......
    sy ksian tngok stuasi awk y skrng ni....ia lbih truk dri crita sblum ini.....btul kat awk td...dy rndu awk slpas dy ad mslah...sy bkan nak mmbruk kan dy...tp sy ni laki...sy tau...tp sy xcm 2 la...so awk kan la brsbar,bnyak berdoa kpda-Nya.smoga brjaya......asslammualaikum...

    ReplyDelete