Monday 15 August 2011

#1

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum. Saya syafika. Saya akan selamanya menjadi cucu, anak, kakak, kawan dan hamba Allah. Saya sekarang sedang melalui fasa hidup dimana ada jatuh dan bangun , alhamdulillah, Allah is great. 

Tujuan saya buat blog ini adalah kerana ini adalah salah satu minat saya, apa yang boleh buat saya teruja dan adrenalin rush. I LOVE TO WRITE. 

Jadi, apa yang anda boleh aspect untuk baca dalam blog ini adalah luahan hati seorang wanita yang baru berusia 22 tahun yang ditinggalkan, ditipu, dipijak hatinya dan disampahkan oleh seorang lelaki. Dan ini juga menjadi satu alasan untuk membuatkan dan menampakkan diri saya sibuk dan penting untuk negara. Ok, tipu. 

Ya, ini adalah kisah benar bagaimana saya melalui bulan pertama atau 30 hari tanpa seseorang yang selalu ada untuk saya, dan Tidak, tujuan blog ini dibuka bukan untuk menunjukkan wanita itu lemah, tapi untuk membuktikan bagaimana saya, seorang wanita biasa cuba bangkit dari kegagalan dan melupakan seorang yang dulunya amat penting dalam hidup saya.
Ya, dalam blog ini akan terdapat banyak sumpah seranah dan kata cacian seorang wanita yang sudah boleh menonton karya 18sx, dan tidak, saya tak menonton apa saja yang anda sedang fikir dalam kepala otak anda sekarang.

Ya, ini adalah kisah diri saya sendiri dan saya menulis untuk melihat progress atau pencapaian saya selama 30 hari tanpa lelaki yang saya cintai almost 4 tahun dan tidak, saya bukan merungut ditinggalkan tapi saya nak tunjukkan yang its okay untuk ditinggalkan.

Tidak, saya bukan seorang wanita yang kuat jadi saya perlukan bantuan anda untuk klik nuffnang saya. Haha tidak kelakar. Maksud saya, saya perlukan kata semangat dan doa dari kalian semua. Jadi, marilah kita mulakan perjalanan kita dalam

30 Hari Melupakan Cinta 









8 comments:

  1. Sabar banyak2 k..
    Tuhan duga sbb Tuhan tahu kite mampu menanggung nye..
    hope tabah k..
    semoga dpt cinta yg lebih baik dan di redhai Allah..^_^

    ReplyDelete
  2. Kisah yang menarik akak. Just hope u can share more and it will help me too. We're gonna help each others okay :)

    ReplyDelete
  3. errrrrrr..laki boleh baca ke? xD

    ReplyDelete
  4. saya pun penah rasa ape yg fiqa rasa. sabar k. Allah sedang mengatur seseorg yg berlipat ganda lebih baik dr sebelumnya. trust me:)

    ReplyDelete
  5. Allahualam..semua ni jln yng telah di tetapkn.olehNya,,bkn sng kite nk buang cinta.yng kite dpt dgn IzinNya,,sbb bnda tue satu hikmah,,satu anugerah,,satu pemberian yng sgt indah..tapi bila ditarik balik keistimewaan tue,,manusia jadi lupa diri..lupa asl usl..kite..alwaysz think (+),,untk teruskn perjuangn sbagai hamba.Allah..Allahualam

    ReplyDelete
  6. bila kita cinta kepada seseorang,
    tak semestinya cintanya teguh dan jujur kepada kita..
    cintalah kepada ALLAH nescaya allah akan menyintai
    kita selama lamanya..
    doalah agar diteguhkan cinta kita dengan mengingatinya..

    ReplyDelete
  7. found your blog accidently...
    kata orang, selawat, doa, istighfar, bizikan diri
    ya mungkin perit,
    tetapi percayalah
    allah mempunyai jawapan terbaik untuk setiap takdir umatnya..bersabarlah

    ReplyDelete