Saturday, 3 September 2011

#6

Its been a while....


Bismillah...




Alhamdulillah, my 1st raya without you, going through ups and downs but i'll be fine. I have my friends that loves me for who i am and i am totally blessed with that :)

How about you guys? doing okay for now?


Lagu untuk hari ini, saya tujukan untuk lelaki itu,




" I heard that you're settled down,
Guess she gave you things I didn't give to you "

Friday, 19 August 2011

#5

Bismillah...

I think I'm okay today,
and yes,
I'm okay :')

Alhamdulillah!

Tuesday, 16 August 2011

#4

Bismillah...

Hari ini saya tewas. Saya telah call si Lelaki pada pukul 8.30 pagi tadi. Kenapa? Saya rindu. Noktah.

Apa yang membuatkan saya rindu? Malam tadi selepas sembahyang maghrib, saya telah dikejutkan dengan satu pesanan ringkas. Dalam sms tersebut, si Lelaki menulis yang dia merindukan saya. Saya keliru.

Ya, saya menitiskan air mata dalam hati, saya sebak dan sedih kerana tak boleh pergi dekat dia dan beritahu dia yang saya pun merindui dia. Tapi, bila difikirkan semula, dia dah bersama dengan orang lain. MUNGKIN, mereka bergaduh dan menyebabkan dia tiba-tiba merindui saya. BANYAK KEMUNGKINAN. Saya takut nak memikirkan setiap satu kemungkinan yang ada, ya Allah, saya leah.

Tewasnya saya setelah selesai segalanya, saya memutuskan untuk menelefon si Lelaki, bertanya khabar dan sebagainya. Akhir sekali, ada saya bertanya "awak rindukan saya?" dan dia letak telefon. Saya sebak dan rasa bodoh. Marah dengan diri sendiri. Kenapa kau buat diri kau begini fiqa? 

Ya, saya menangis dan rindukan dia dan tidak, saya tidak akan berputus asa untuk melakukan cabaran ini. 






#3

Astarghfirullah...

Ya, saya berada di dalam satu situasi yang sebak dimana saya sangat amat merindui si Lelaki itu. Bodohnya saya kerana saya tahu yang saya tidak dirindui seperti mana saya merindui dia, tapi kalau boleh buang jauh-jauh perasaan ini, saya mahu.

Kawan saya kata, saya boleh untuk lupakan dia tapi saya yang tak nak lakukannya. Ya Allah, setiap sujud terakhir, saya doa agar Tuhan tarik ingatan saya yang melibatkan si Lelaki ini. Saya memang tak kuat, saya sangat rapuh. Terkadang rasa biar dicabutkan roh dari jasad sebab dah tak terdaya nak tanggung perasaan lemah dan rapuh ini. Tapi amalan dekat dunia pun belum cukup, ya Allah.

Selalunya sebelum berbuka, saya akan berlari ke telefon untuk wish selamat berbuka Kalau kami di tempat yang sama, around pukul 6, kami akan ke gym sama-sama then ke Bazar and straight pergi berbuka bersama-sama. Tapi itu dulu. Itu dulu.

Saya rasa kehilangan, saya butuh bantuan tapi bila diberi saya cuba tolak jauh-jauh. Mungkin orang akan nampak saya macam kepala batu, tapi hakikatnya saya tak mampu. Saya sangat amat tak mampu. 

Ya, saya sangat merindui awak si Lelaki dan tidak, saya tidak akan rampas kebahagiaan awak sekarang. Tidak.

Somewhere we went wrong,
Our love is like a song,
But you won't sing along,
You've forgotten, about..
US :'(





#2

Bismillah hitawakkaltu Alallah..

Okay, jadi apa yang saya lakukan pada hari ini adalah menyibukkan diri. Saya hantar adik-adik dan mama pergi sekolah, saya tidur, saya ambil diorang balik sekolah, saya pergi teman mereka cari baju raya, beli barang dapur, dan sekarang terlantar seperti orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dekat atas katil walaupun sebenarnya puasa. Ok, tak kelakar.

Jadi, walaupun separuh hari saya tak berapa nak produktif, tapi saya tak terlalu berfikir mengenai si Lelaki. Mungkin betul apa orang kata, buat benda-benda ini dan isi masa lapang kita dapat melupakan yang kita ni dah single. Walaupun sekejap, tapi lega. Alhamdulillah.

Mungkin lepas ini, saya patut menyelinap ke dapur, pura-pura pandai masak, ketuk kuali dua tiga kali dan sambung masuk bilik dan tdur semula. Okay, mungkin saya perlu pura-pura tidur macam takde benda berlaku. Haha tak kelakar fiqa.

Okay, sedikit kata semangat, 

Yes, saya memang ada fikir pasal dia, apa yang dia tengah buat, dia sms dengan siapa, dia keluar dengan siapa dan macam-macam lagi.Tapi tidak, saya tidak membenci dia sebab kawan saya kata, jangan benci pada seseorang yang kita pernah sayang. At least, kita perlu sedar yang we had our good times together kan? So, biar saya doakan yang dia menjadi lelaki yang lebih baik kelak. 

Yes, saya memang ada rasa nak nangis dan tidak, saya belum nangis lagi sebab i have my mama and sisters with me, alhamdulillah :')

Yes, saya memang kejap-kejap lari pergi tengok handphone, in case he message me ke kan? At least I know yang dia ada ke tidak fikir pasal saya, dan tidak, saya tak dapat apa-apa pesanan ringkas dari dia.

Yes, saya sedih sebab saya semakin sedar yang dia tak perlukan saya, dan tidak, saya tidak akan pernah give up untuk melupakan dia dan mendoakan dia menjadi lebih baik. 










Monday, 15 August 2011

#1

Bismillah hirrahman nirrahim...

Assalamualaikum. Saya syafika. Saya akan selamanya menjadi cucu, anak, kakak, kawan dan hamba Allah. Saya sekarang sedang melalui fasa hidup dimana ada jatuh dan bangun , alhamdulillah, Allah is great. 

Tujuan saya buat blog ini adalah kerana ini adalah salah satu minat saya, apa yang boleh buat saya teruja dan adrenalin rush. I LOVE TO WRITE. 

Jadi, apa yang anda boleh aspect untuk baca dalam blog ini adalah luahan hati seorang wanita yang baru berusia 22 tahun yang ditinggalkan, ditipu, dipijak hatinya dan disampahkan oleh seorang lelaki. Dan ini juga menjadi satu alasan untuk membuatkan dan menampakkan diri saya sibuk dan penting untuk negara. Ok, tipu. 

Ya, ini adalah kisah benar bagaimana saya melalui bulan pertama atau 30 hari tanpa seseorang yang selalu ada untuk saya, dan Tidak, tujuan blog ini dibuka bukan untuk menunjukkan wanita itu lemah, tapi untuk membuktikan bagaimana saya, seorang wanita biasa cuba bangkit dari kegagalan dan melupakan seorang yang dulunya amat penting dalam hidup saya.
Ya, dalam blog ini akan terdapat banyak sumpah seranah dan kata cacian seorang wanita yang sudah boleh menonton karya 18sx, dan tidak, saya tak menonton apa saja yang anda sedang fikir dalam kepala otak anda sekarang.

Ya, ini adalah kisah diri saya sendiri dan saya menulis untuk melihat progress atau pencapaian saya selama 30 hari tanpa lelaki yang saya cintai almost 4 tahun dan tidak, saya bukan merungut ditinggalkan tapi saya nak tunjukkan yang its okay untuk ditinggalkan.

Tidak, saya bukan seorang wanita yang kuat jadi saya perlukan bantuan anda untuk klik nuffnang saya. Haha tidak kelakar. Maksud saya, saya perlukan kata semangat dan doa dari kalian semua. Jadi, marilah kita mulakan perjalanan kita dalam

30 Hari Melupakan Cinta